5 Kelebihan Tuisyen Di Rumah : No 5 Mak Ayah Paling Suka

Kongsikan dengan rakan-rakan
tuisyen di rumah memang best

Tutor mengajar di rumah bantu lebih faham pelajaran

5 Sebab Belajar Tuisyen di Rumah Lebih Best

Apakah keperluan tutor datang ke rumah atau belajar tuisyuen di rumah? Setiap seorang daripada anak-anak kita adalah berbeza dari segi perangai, tingkah laku, emosi dan begitu juga dengan tahap pembelajaran. Ada anak yang mudah untuk faham jika belajar di sekolah dan ada pula yang selalu ‘blur’ bila ditanya apa yang faham di sekolah.

Oleh sebab itu wujudnya keperluan untuk mendapatkan khidmat home tuisyen  bagi membantu anak-anak yang terlepas fokus di sekolah. Tutor tidak akan dapat mengambil alih tugas guru di sekolah namun begitu tutor dapat membantu untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar.

Berikut adalah 5 kelebihan menggunakan khidmat tuisyen di rumah.

1. Belajar pada waktu yang sesuai dengan pelajar.

Kelebihan utama tuisyen di rumah adalah pelajar dapat memilih waktu yang sesuai dengan keperluannya. Di samping itu, tutor yang akan ke rumah pelajar membolehkan pembelajaran dapat dibuat dengan selesa di rumah sendiri.

2. Peluang untuk belajar konsep sebelum di ajar di sekolah.

Tutor di rumah boleh mengajar konsep lebih awal sebelum pelajar belajar di sekolah. Ini membolehkan pelajar lebih mudah untuk memahami konsep tersebut ketika guru ajar di sekolah.

3. Tanya soalan tanpa rasa malu semasa tuisyen di rumah. 

Ramai pelajar mahu bertanya soalan ketika di pusat tuisyen tapi atas sebab malu mereka tak teruskan bertanya. Disebabkan masalah ini, makin lama makin banyak konsep yang tak dapat di fahami. Apabila tutor ajar di rumah, pelajar boleh bertanya apa sahaja soalan tanpa rasa malu kerana kelas di buat secara persendirian. Pemahaman juga makin meningkat.

4. Mula belajar dari basic

Di pusat tuisyen biasanya kelas akan dijalankan mengikut topik yang sudah disediakan. Pelajar tidak boleh meminta tutor untuk ajar topik yang dia belum faham. Hal ini berlainan dengan tuisyen di rumah, tutor akan menilai tahap pelajar kemudian akan menjalankan kelas mengikut tahap pelajar tersebut. Pengukuhan asas adalah paling penting dalam struktur pembelajaran di rumah.

5. Pemantauan dari ibu bapa.

Ibu bapa seringkali risau bila menghantar anak ke pusat tuisyen kerana mereka tak dapat memantau samada anak mereka belajar atau bermain di pusat tuisyen. Bila anak mulakan tuisyen di rumah, ibu bapa dapat memantau anak mereka dengan lebih baik. Mereka juga boleh mendapatkan pandangan dan pendapat terus daripada tutor bagi membantu anak mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Kesimpulannya, setiap anak memerlukan perhatian yang berbeza. Adalah menjadi harapan ibu bapa untuk melihat mereka ini berjaya dalam apa jua cabaran dan rintangan yang dihadapi di sekolah atau dalam kehidupan.

Untuk tahu lebih lanjut

Bagi mendapatkan anggaran yuran  untuk sebulan boleh kira di kalkulator yuran home tuition di sini

Kenali kami lebih lanjut di FB kami