Yuran Home Tuition atau Tuisyen Di Rumah

Kongsikan dengan rakan-rakan

Home tuition tuisyen di rumah

Tuisyen Di Rumah Berbeza Dengan Pusat Tuisyen

Ada perbezaan yang ketara antara belajar tuisyen di rumah ( home tuition) dengan belajar di pusat tuisyen. Pertamanya adalah dari segi bilangan pelajar dalam kelas. Untuk home tuition biasanya bilangan pelajar daripada seorang dan maksimum 5 orang manakala di pusat tuisyen jumlah pelajar boleh sampai kepada 40 orang bergantung kepada saiz kelas. Oleh sebab itu harga yuran juga tidak boleh dibandingkan antara kedua-dua servis ini. Kebiasaannya di pusat tuisyen yuran adalah RM300 untuk semua subjek.

Yuran Home Tutor

Kumpulan yang paling ramai menyediakan perkhidmatan tuisyen di rumah adalah dari kalangan home tutor biasa. Mereka biasanya terdiri daripada graduan yang mempunyai minat yang mendalam dalam pendidikan. Walaupun pada waktu siangnya berkerja di syarikat-syarikat terkemuka, waktu malam mereka dipenuhi dengan mendidik anak bangsa. Ibu bapa tak perlu gusar kerana mereka juga arif tentang silibus dan format peperiksaan terkini.

Anggaran yuran  home tuition bagi home tutor biasa adalah dari RM45 sehingga RM70 bergantung kepada umur pelajar. Daripada maklum balas yang diterima daripada pelajar, mereka lebih gemar belajar dengan home tutor biasa kerana mendapat cara belajar yang lain daripada di sekolah. Home tutor juga dapat memberikan teknik belajar yang lebih sesuai dengan keperluan pelajar.

Untuk mengira anggaran yuran bulanan bagi IGuide Home Tuition boleh klik di bawah ini.

Open chat
1
Saya Wan, boleh saya bantu?
Berminat untuk dapatkan tuisyen untuk anak anda di rumah?
Powered by